Lawatan kerja (hari ini 16hb Sept 2010 Hari Malaysia - cuti umum) oleh Dr Amir dari UMT serta rakan2 amatlah bermakna bagi kami, di koperasi. Banyak input yang koperasi dapat hasil lawatan tersebut. Antaranya bagaimana menyediakan suatu kerja dengan bersistem dalam bentuk fasa ke fasa.Dan persediaan dalam menjadi sebuah perusahaan yang mendapat penarafan GMP. Beliau juga menyarankan agar di kemaskinikan persekitaran supaya kelihatan lebih bersih dan tersusun.
Dalam pada itu beliau memuji usaha koperasi mengeluarkan produk bebola ikan yang mana dari segi pemasaran tidaklah menjadi masalah, pihak koperasi perlu mengambil langkah-langkah meningkatkan mutu pengeluaran dan juga tahap kualiti produk semaksima yang boleh.
Beliau akan memastikan bahawa usaha murni koperasi dalam mengeluarkan produk bebola ikan di sokong oleh pihak UMT dalam bentuk kerjasama dua hala dan juga pemantauan dari masa ke semasa.
Sesungguhnya lawatan singkat beliau ini menyuntik semangat baru pasukan ALK dan juga anggota2 koperasi amnya.
No comments:
Post a Comment