selamat datang

Selamat Datang! Welcome.

Semoga anda mendapat info dari blog kami ini.Terima Kasih

Friday, September 17, 2010

Kursus Asas Pemprosesan Ikan Siri 6/2010 (26-30 September, 2010)

Langkah awal telah di rangka oleh ALK koperasi bagi memantapkan perusahaan bebola ikan. Antaranya memastikan setiap ALK mempunyai ilmu asas dalam mengusahakan keropok, bebola ika dan kerepek.

Justeru itu koperasi telah mencalunkan 5 orang untuk mengikuti kursus Asas Pemprosesan Ikan di Institut Perikanan Malaysia Chendering. 5 calun ini terdiri dari ALK dan pekerja koperasi. InsyaAllah,  dengan menghadiri kursus itu nanti dapat di gunakan untuk menambahbaik lagi perusahaan bebola ikan koperasi.

Dalam pada itu satu taklimat kepada pekerja dan bakal pekerja telah di adakan di bengkel koperasi di Kg Baru Seberang Takir. Taklimat di sampaikan oleh Setiausaha koperasi merangkap Pengerusi JK Kecil Bengkel.

Dalam taklimat itu setiausaha menekankan aspek2 keselamatan dan kebersihan bengkel. Para pekerja di ingatkan supaya sentiasa memakai pakaian yang sesuai supaya kelihatan kemas dan rapi.Sentiasa memakai boot kerja supaya dapat menepati etika berpakaian semasa kerja.

Ke arah GMP memerlukan tahap keselamatan dan kebersihan menjadi keutamaan di samping mutu produk yang terjamin dan berkualiti.

No comments:

Post a Comment