selamat datang

Selamat Datang! Welcome.

Semoga anda mendapat info dari blog kami ini.Terima Kasih

Sunday, September 26, 2010

Berkursus di Institut Perikanan Malaysia, Chendering,Terengganu - Hari Pertama

Pembaca Budiman,

Posting sebelum ini telah mengwarwarkan ALK dan pekerja koperasi akan berkursus di IPM Chendering.Ikutilah pengalaman kursus di hari pertama:

Tepat jam 7.00 pagi 26hb. Sept, 2010 kami bergegas ke IPM, sebelum ini  pada semalamnya telah pun mendaftar diri di Asrama .Lepas daftar saja kami menanti jam 6.30pm iaitu waktu makan malam (alahai makan malam awalnya, tapi terima jelah). Sebaik sahaja selesai makan kami (Saya, Pok Han, Kodeng dan Pok Jak) terus berkemas pulang semula ke rumah nak ambil barang tertinggal (kononnya).Itulah bestnya kalau rumah dekat!

Pukul 8.00 pagi kami, (kali ni Hj Mat join sekali...beliau datang mendaftar pagi ni) dah berkumpul di Dewan untuk majlis taklimat dan seterusnya modul pertama kursus dijalankan.Masing2 segak bergaya dengan baju bergosok, selalunya kalau masa2 lain baju T berkolar je. Hj. Mat berlong sleeve dan seluar slack hitamnya memancarkan kemudaan dan kekacakan, pok jak seperti biasa dengan gaya ke pejabatnya, saya dan kodeng serta pok han macam biasa lah mengenakan pakaian biasa biasa je.

Ketua Unit Pelatih En.Napi  memberikan taklimat mengisi borang tuntutan tambang, surat pelepasan kemalangan dan juga borang maklumat peserta. Kami terkial kial mengisi borang almaklumlah dah lama meninggalkan kerja2 begini...

Kehadiran kali ini memberangsangkan.Dari 50 nama yang ada dalam senarai kehadiran,  32  hadir.Perserta kursus datang dari pelbagai peringkat umur dan pekerjaan tapi rata rata semua pengusaha atau bakal pengusaha yang berkaitan dengan kursus.Ada juga yang datang dari negeri2 di Semenanjung.Ada dari Selangor, Melaka,Kedah,Kelantan dan lain2

Seperti biasa kami di beri jadual kursus selama 5 hari bermula hari ini sehinggalah 30hb. Hmm di lihat pada jadualnya kebanyakan kursus Amali ....sehari sahaja kursus Teori.

Takpalah seronok jugak kan buat amali dari ternganga mendengar syarahan teori.Seterusnya modul kedua pada hari ini ialah ialah Asas Pembungkusan: Oleh En. Mamat Amin Abd Rahman yang menggantikan Pn Norbaya Jusoh.Seronok mendengar En. Mamat Amin menerangkan ciri2 pembungkusan..Wah! sekarang baru tahu betapa pentingnya pembungkusan yang baik dan sesuai.Tahu juga lah Fungsi Asas Pembungkusan.

Terima kasihlah En. Mamat dan IPM.Semakin kami belajar semakin terasa kurang ilmu ini. Dek kerana keseronokan mendengar penerangan En. Mamat sehinggalah terlajak ke waktu minum pagi jam 10:15 pagi..Takpalah sambung je terus sampai habis.Hari pertama minum pagi kul 11:15 pagi.Lewat sejam!

OTOSHIMI DAN SURIMI

Hmm macam nama Jepun tapi itulah isi ikan! Isi ikan? tak percaya?! percayalah itulah isi ikan yang bakal di gunakan untuk membuat kerepok lekor dan bebola ikan..Waduh! membuatnya tidak sesenang kami menyebutnya! Banyak proses nak di lakukan terutama Surimi. Ok takpa esok kita sama2 beramali untuk menghasilkan Otoshimi dan Surimi.

Sebelah petang kami diperdengarkan oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan tentang tajuk Sanitasi dan Kebersihan/Pengenalan GMP..hmmmm! petang2 camni tidor pun sodap!

Dahlah pegawai tersebut melekat di laptopnya suaranya pun serak2 manja menyampaikan penerangan.Aduh! dah 4 kali ke tandas cuci muka.Ngantuk!.

Lega bila sessi petang tamat.Terus bergegas ke bilik sambil menanti minum petang. Sebelah petang ni tak banyak yang boleh di lakukan..Saya,Hj Mat dan Din bersiar siar di kawasan IPM yang di kelilingi bukit dan laut.Maklumlah tempat baru, kami ke benteng pemecah ombak dan sembang2 sambil menunggu waktu makan malam jam 6.30 petang!. Pok Han dan Pok Jak takda kerja lain, boleh berdengkor petang2 hari! Hish.!

Malam takda aktiviti, cuma lepak kat bilik.Sekejap lagi kami berlima nak keluar ke kedai.Din nak cari sumbunya dan pok han nak beli Maggi Cup! Ok jumpa esok.Bye2....!

No comments:

Post a Comment