selamat datang

Selamat Datang! Welcome.

Semoga anda mendapat info dari blog kami ini.Terima Kasih

Tuesday, September 28, 2010

Monday, September 27, 2010

harga mesin- lihat yang bershading hijau

harga yang di syorkan...

mesin2 proses otoshimi dan surimi

mesin pembersih ikan

mesin luluh lesap

mesin pemampat hidraulik


Mesin Strainer

Mesin Strainer (Surimi)

Mixer

Formula?

Deboner (mesin pisah tulang)




proses seterusnya....ialah


Memilih kasut kerja yang sesuai

siang ikan

siang ikan lagi...


dan lagi...

basuh ikan..

siap dah....

Hari Kedua- Latihan Amali

Seperti biasa mengikut jadual yg diberi kami bangun seawal pukul 6.00 pagi. Bersemangat hari ini kerana hari ini hari Latihan Amali (LA). Tak perlu kedewan kuliah.Terus ke Makmal Pemprosesan Ikan.

Pagi ni kafeteria menyediakan nasi lemak.Boleh tahan juga rasanya, lagipun free.... makan ajelah. 8.00 pagi dah tercegat di makmal, tok penghulu tak sampai lagi..En.Mamat Amin Ketua Unit Pemprosesan menerangkan serba ringkas peraturan2 makmal dan lain2.Ikutilah gambar yang di sediakan:
taklimat sebelum masuk ke bengkel




bergaya sebelum memilih kasut...

ikan dah sampai!!

kenangan bersama pembekal

Sunday, September 26, 2010

Berkursus di Institut Perikanan Malaysia, Chendering,Terengganu - Hari Pertama

Pembaca Budiman,

Posting sebelum ini telah mengwarwarkan ALK dan pekerja koperasi akan berkursus di IPM Chendering.Ikutilah pengalaman kursus di hari pertama:

Tepat jam 7.00 pagi 26hb. Sept, 2010 kami bergegas ke IPM, sebelum ini  pada semalamnya telah pun mendaftar diri di Asrama .Lepas daftar saja kami menanti jam 6.30pm iaitu waktu makan malam (alahai makan malam awalnya, tapi terima jelah). Sebaik sahaja selesai makan kami (Saya, Pok Han, Kodeng dan Pok Jak) terus berkemas pulang semula ke rumah nak ambil barang tertinggal (kononnya).Itulah bestnya kalau rumah dekat!

Pukul 8.00 pagi kami, (kali ni Hj Mat join sekali...beliau datang mendaftar pagi ni) dah berkumpul di Dewan untuk majlis taklimat dan seterusnya modul pertama kursus dijalankan.Masing2 segak bergaya dengan baju bergosok, selalunya kalau masa2 lain baju T berkolar je. Hj. Mat berlong sleeve dan seluar slack hitamnya memancarkan kemudaan dan kekacakan, pok jak seperti biasa dengan gaya ke pejabatnya, saya dan kodeng serta pok han macam biasa lah mengenakan pakaian biasa biasa je.

Ketua Unit Pelatih En.Napi  memberikan taklimat mengisi borang tuntutan tambang, surat pelepasan kemalangan dan juga borang maklumat peserta. Kami terkial kial mengisi borang almaklumlah dah lama meninggalkan kerja2 begini...

Kehadiran kali ini memberangsangkan.Dari 50 nama yang ada dalam senarai kehadiran,  32  hadir.Perserta kursus datang dari pelbagai peringkat umur dan pekerjaan tapi rata rata semua pengusaha atau bakal pengusaha yang berkaitan dengan kursus.Ada juga yang datang dari negeri2 di Semenanjung.Ada dari Selangor, Melaka,Kedah,Kelantan dan lain2

Seperti biasa kami di beri jadual kursus selama 5 hari bermula hari ini sehinggalah 30hb. Hmm di lihat pada jadualnya kebanyakan kursus Amali ....sehari sahaja kursus Teori.

Takpalah seronok jugak kan buat amali dari ternganga mendengar syarahan teori.Seterusnya modul kedua pada hari ini ialah ialah Asas Pembungkusan: Oleh En. Mamat Amin Abd Rahman yang menggantikan Pn Norbaya Jusoh.Seronok mendengar En. Mamat Amin menerangkan ciri2 pembungkusan..Wah! sekarang baru tahu betapa pentingnya pembungkusan yang baik dan sesuai.Tahu juga lah Fungsi Asas Pembungkusan.

Terima kasihlah En. Mamat dan IPM.Semakin kami belajar semakin terasa kurang ilmu ini. Dek kerana keseronokan mendengar penerangan En. Mamat sehinggalah terlajak ke waktu minum pagi jam 10:15 pagi..Takpalah sambung je terus sampai habis.Hari pertama minum pagi kul 11:15 pagi.Lewat sejam!

OTOSHIMI DAN SURIMI

Hmm macam nama Jepun tapi itulah isi ikan! Isi ikan? tak percaya?! percayalah itulah isi ikan yang bakal di gunakan untuk membuat kerepok lekor dan bebola ikan..Waduh! membuatnya tidak sesenang kami menyebutnya! Banyak proses nak di lakukan terutama Surimi. Ok takpa esok kita sama2 beramali untuk menghasilkan Otoshimi dan Surimi.

Sebelah petang kami diperdengarkan oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan tentang tajuk Sanitasi dan Kebersihan/Pengenalan GMP..hmmmm! petang2 camni tidor pun sodap!

Dahlah pegawai tersebut melekat di laptopnya suaranya pun serak2 manja menyampaikan penerangan.Aduh! dah 4 kali ke tandas cuci muka.Ngantuk!.

Lega bila sessi petang tamat.Terus bergegas ke bilik sambil menanti minum petang. Sebelah petang ni tak banyak yang boleh di lakukan..Saya,Hj Mat dan Din bersiar siar di kawasan IPM yang di kelilingi bukit dan laut.Maklumlah tempat baru, kami ke benteng pemecah ombak dan sembang2 sambil menunggu waktu makan malam jam 6.30 petang!. Pok Han dan Pok Jak takda kerja lain, boleh berdengkor petang2 hari! Hish.!

Malam takda aktiviti, cuma lepak kat bilik.Sekejap lagi kami berlima nak keluar ke kedai.Din nak cari sumbunya dan pok han nak beli Maggi Cup! Ok jumpa esok.Bye2....!

Bengkel Koperasi






Sebahagian sudut pandangan bengkel perusahaan keropok/bebola ikan dan kerepek...

Pengerusi Koperasi Homestay


Tuan Haji Aminuddin Ariffin telah di pilih mengetuai Koperasi Homestay Telok Ketapang Terengganu Berhad, beliau yang banyak pengalaman dalam bidang koperasi merupakan seorang penjawat awam yg telah berkhidmat dengan kerajaan negeri sejak 20 tahun yang lalu.Sejak menjawat jawatan Pengerusi banyak idea yang telah di ketengahkan oleh beliau dalam memajukan koperasi. Diantaranya ialah menubuhkan bengkel perusahaan keropok lekor dan juga bebola ikan.Koperasi telah berjaya didalam beberapa pertandingan peringkat negeri semasa beliau memegang jawatan pengerusi koperasi.Syabas!

Lawatan Dr Amir dari UMT (bergambar)

melihat bilik sejuk beku


mesin pemotong keropok

Mesin Deboner



Merangka strategi

Friday, September 17, 2010

Kursus Asas Pemprosesan Ikan Siri 6/2010 (26-30 September, 2010)

Langkah awal telah di rangka oleh ALK koperasi bagi memantapkan perusahaan bebola ikan. Antaranya memastikan setiap ALK mempunyai ilmu asas dalam mengusahakan keropok, bebola ika dan kerepek.

Justeru itu koperasi telah mencalunkan 5 orang untuk mengikuti kursus Asas Pemprosesan Ikan di Institut Perikanan Malaysia Chendering. 5 calun ini terdiri dari ALK dan pekerja koperasi. InsyaAllah,  dengan menghadiri kursus itu nanti dapat di gunakan untuk menambahbaik lagi perusahaan bebola ikan koperasi.

Dalam pada itu satu taklimat kepada pekerja dan bakal pekerja telah di adakan di bengkel koperasi di Kg Baru Seberang Takir. Taklimat di sampaikan oleh Setiausaha koperasi merangkap Pengerusi JK Kecil Bengkel.

Dalam taklimat itu setiausaha menekankan aspek2 keselamatan dan kebersihan bengkel. Para pekerja di ingatkan supaya sentiasa memakai pakaian yang sesuai supaya kelihatan kemas dan rapi.Sentiasa memakai boot kerja supaya dapat menepati etika berpakaian semasa kerja.

Ke arah GMP memerlukan tahap keselamatan dan kebersihan menjadi keutamaan di samping mutu produk yang terjamin dan berkualiti.

Thursday, September 16, 2010

Lawatan UMT Prof Dr Amir dan rakan2

Lawatan kerja (hari ini 16hb Sept 2010 Hari Malaysia - cuti umum) oleh Dr Amir dari UMT serta rakan2 amatlah bermakna bagi kami, di koperasi. Banyak input yang koperasi dapat hasil lawatan tersebut. Antaranya bagaimana menyediakan suatu kerja dengan bersistem dalam bentuk fasa ke fasa.Dan persediaan dalam menjadi sebuah perusahaan yang mendapat penarafan GMP. Beliau juga menyarankan agar di kemaskinikan persekitaran supaya kelihatan lebih bersih dan tersusun.

Dalam pada itu beliau memuji usaha koperasi mengeluarkan produk bebola ikan yang mana dari segi pemasaran tidaklah menjadi masalah, pihak koperasi perlu mengambil langkah-langkah meningkatkan mutu pengeluaran dan juga tahap kualiti produk  semaksima yang boleh.

Beliau akan memastikan bahawa usaha murni koperasi dalam mengeluarkan produk bebola ikan di sokong oleh pihak UMT dalam bentuk kerjasama dua hala dan juga pemantauan dari masa ke semasa.

Sesungguhnya lawatan singkat beliau ini menyuntik semangat baru pasukan ALK dan juga anggota2 koperasi amnya.

Saturday, September 11, 2010

Lawatan daripada UMT

Pada 16hb. Sept 2010 nanti, sepasukan pelajar-pelajar tahun akhir UMT dan pensyarah mereka akan melawat bengkel keropok dan fishball koperasi. Dengan lawatan itu nanti koperasi berharap dapat menimba ilmu berkaitan pembuatan fishball, teknologi terkini dan pengurusan terbaik dalam perusahaan itu.InsyaAllah.(bersambung)