Koperasi Homestay Telok Ketapang Terengganu Berhad memulakan langkah sulongnya dengan mengusahakan bengkel perusahaan keropok. Keropok yang memang terkenal di Negeri Terengganu merupakan hidangan petang dan pagi bagi masyarakat di sini. Oleh itu langkah ini sangat bertepatan dengan citarasa setempat dan juga projek ini mendapat sokongan 100% dari anggota.
Bagi merealisasikan projek ini, langkah pertama koperasi ialah mendapatkan tapak bengkel.Alhamdulillah dengan bantuan dan sokongan pihak-pihak tertentu maka koperasi telah mendapat sebuah bengkel lama yang terletak di Kg Baru Seberang Takir.Berkeluasan 40 kaki x 70 kaki dan mempunyai infrastruktur tersedia.
Proses pengubahsuaian rancak berjalan dan di jangka selepas hari raya Aidilfitri pada Sept 2010, insyaAllah operasi sepenuhnya akan bermula. Koperasi telah mengenalpasti beberapa perkara yang perlu di ambil sebelum operasi bermula iaitu:
1. Pekerja
2.Bahan Mentah
3.Peralatan
4.Pemasaran
Langkah kedua yang bakal di ambil oleh koperasi ialah mengusahakan bebola ikan atau fishball. Usaha ini di mulakan dengan menghantar bakal pekerja dan Ahli Lembaga Koperasi mengikuti kursus asas membuat bebola ikan di Institut Perikanan di Chendering. (bersambung)
No comments:
Post a Comment